KOTA BHARU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu meletakkan calon yang benar-benar bersih rasuah dan profesional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk melakukan perubahan di Kelantan.
Justeru, mereka tidak menolak kemungkinan akan meletakkan calon muda daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu walaupun bukan ahli parti itu.
Timbalan Presidennya, Datuk Marzuki Yahya berkata, perubahan dibuat kali ini berikutan banyak kepincangan dalam parti politik yang wujud sebelum ini.
"Kita sentiasa terbuka untuk memilih anak muda yang mempunyai semangat juang tinggi.
"Tidak guna jika mempamerkan calon 'berserban tinggi' tetapi amalannya tidak bagus. Kita mahu calon yang mempunyai komitmen tinggi dan sanggup melakukan perubahan untuk rakyat Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Jentera Pejuang Tanah Air Parlimen Kubang Kerian di sini pada Jumaat.
Marzuki berkata, selain itu Pejuang memilih calon berwibawa sebagai kriteria utama.
"Tiada guna bercakap mengenai kepentingan agama tetapi kepentingan rakyat diabaikan," katanya.
Berdasarkan demografi, Marzuki membayangkan sebanyak 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan 45 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditandingi parti itu pada PRU15. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 10 2022
Marzuki (dua dari kiri) menerima keahlian baharu daripada penyokong Pejuang di Kubang Kerian ketika Majlis Ramah Mesra Jentera Pejuang Tanah Air Parlimen Kubang Kerian di Kota Bharu, pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
PRN enam negeri bermula hari ini, penamaan calon di 173 pusat jadi tumpuan
Bakal calon mewakili parti-parti politik atau bertanding atas tiket Bebas mempunyai tempoh sehingga 10 pagi untuk serah borang pencalonan.
PRN: Kedah jadi 'battleground' pengundi Melayu
Barisan calon yang dikemukakan setiap parti mempunyai kehebatan tersendiri berdasarkan faktor personaliti serta kekuatan masing-masing.
PRN Kelantan: 23 calon PN muka baharu
Daripada 45 calon yang disenaraikan, 23 merupakan muka baharu termasuk calon muda daripada golongan profesional dan ahli korporat.
PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).
#SuaraMalaysia: Majoriti puas hati dengan senarai calon
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - sama ada anda puas hati dengan senarai calon setakat ini?
PRU15: Jangan ugut parti jika tidak dicalonkan - Ahmad Faizal
Sebaliknya, mereka perlu akur dengan apa juga keputusan parti dan pastikan calon yang diketengahkan parti memperolehi kejayaan.
PRU15: PKDM sahkan tanding empat kerusi Parlimen
Mereka ialah Wetrom Bahanda di Kota Marudu, Jumardie Lukman (Sepanggar), Amat Mohd Yusof (Kimanis) dan Liaw Kit Siong (Kota Kinabalu).
PRU15: Calon 'popular' di media sosial berpeluang pikat pengundi muda
Pengundi muda secara umumnya mengutamakan calon yang dipercayai berupaya memberi faedah secara langsung kepada golongan itu.
PRU15: Pas serah 150 nama calon Parlimen, DUN Kelantan
Kesemua nama calon tersebut dihantar kepada Pas Pusat pada Ogos lalu.